Monday, March 5, 2012

20 Tips Untuk Menjadi Orang Berjaya


Setiap orang mempunyai keinginan untuk berjaya. kejayaan yang diimpikan oleh setiap orang pula adalah berbeza. setiap orang mempunyai persepsi mereka sendiri bagaimana dikatakan berjaya kerana perkataan BERJAYA mempunyai makna yang subjektif. Dalam mengejar matlamat masing-masing, kita kerap kali berfikir bagaimana cara nak mencapai segala impian yang kita ingin gapai. oleh itu, pada post saya kali ini saya berkongsi sedikit maklumat bagaimana kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan. 



1. Tentukan Visi Anda.
  • Tanpa visi yang jelas, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
  • Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah seorang yang berkarisma, menghargai masa, mempunyai cita-cita yang besar, berkomitmen tinggi dan pragmatis / praktikal.
2. Aturkan Langkah Anda.
  • Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi / cita-cita anda mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda supaya tetap berada “di atas landasan” dan “tiba ke destinasi” pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Rancang Masa Depan Anda SEKARANG!
  • Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan / kekecewaan di dalam hidup.
4. Luangkan Masa Untuk Bertindak.
  • Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin.
  • Uruskan masa dengan bijak – buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah / berseronok, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.
5. Konsisten dan Jangan Mudah Mengalah.
  • Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda!
  • Abraham Lincoln mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51.
  • Orang yang mudah mengalah kepada diri sendiri adalah orang yang tidak akan berjaya dan tidak percaya kepada kemampuan diri sendiri.
6. Tumpukan Perhatian Kepada Matlamat Anda.
  • Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan, masalah remeh temeh, dsb.
  • Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu; untuk berjaya, anda perlu sentiasa ingat yang anda mahu berjaya!
  • Selama 20 tahun, Rasulullah menumpukan perhatiannya kepada mengembangkan ajaran Islam walaupun dicerca dan dihina. Hari ini, terdapat lebih 1.5 billion umat Islam di serata dunia.
7. Percaya kepada Pertolongan Allah dan Usaha Sendiri.
  • Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumi-Nya, bukan untuk menemui gagal.
  • Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.
8. Solat dan Doa.
  • Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Allah s.w.t.
  • Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa telah membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.
9. Pupuk Perasaan Cinta dan Jangan Membenci.
  • Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi: cinta kepada Tuhan, cinta kepada keluarga, cinta kepada rakan-rakan, cinta kepada haiwan peliharaan, cinta kepada negara, cinta kepada alam sekitar, cinta kepada ilmu dsbnya.
  • Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun orang itu pernah melakukan kejahatan kepada anda.
10. Belajar Daripada Kesilapan.
  • Manusia yang bijak adalah manusia yang mengaku akan kesilapannya dan belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan bukanlah sesuatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sesebuah kejayaan.
  • Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan diri anda melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
11. Sokongan Keluarga Yang Kuat.
  • Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan anak-anak adalah tunjang kepada kejayaan ibubapa.
  • Kebanyakan kegagalan remaja hari adalah berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibubapa.
12. Berkawan Dengan Ramai Orang.
  • Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai / baik.
  • Individu yang berjaya selalunya adalah individu yang mempunyai ramai kawan.
13. Gambarkan Destinasi Kejayaan Anda.
  • Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi.
  • Tidak salah menjadi Mat Jenin, SETIAP kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.
14. Berdisiplin.
  • Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif and tidak gemar ‘curi tulang’.

15. Amalkan Gaya Hidup Sihat.
  • Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit merbahaya.

16. Sentiasa Jujur.
  • Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus.
  • Kejayaan TIDAK akan membawa apa-apa makna sekiranya ia terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu daya.
17. Hargai Masa.
  • Masa adalah suata nikmat Allah yang selalu dibazirkan / disalahgunakan oleh umat manusia.
  • Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.
18. Sayangilah Diri Anda Sendiri.
  • Jangan terlalu fokus kepada “ketidaksempurnaan” / kelemahan yang ada pada diri anda.
  • Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Allah mencipta setiap manusia berbeza-beza dan setiap satunya istimewa.
19. Jangan Sentiasa Mengutamakan Diri Sendiri.
  • Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa.
  • Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat menbantu kejayaan diri anda juga.
  • Kejayaan sememangnya penting, tetapi jangan sekali-kali ‘tamak kejayaan’.
20. Sentiasa Dikalangan Orang-Orang yang Berjaya / Mahu Berjaya.
  • Bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri.
  • Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain.
  • Selain bergaul dengan orang-orang yang berjaya / mahu berjaya, banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya di dalam hidup mereka.

Thursday, July 21, 2011

10 Cara Tingkatkan Daya Ingatan


Ramai manusia tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Otak boleh merakan segala perkara dan peristiwa seperti juga sebuah komputer.. Meskipun begitu, masalah kehilangan daya ingatan boleh juga terjadi kerana kita tidak mempraktikkan diri untuk mengingati infomasi atau sesuatu maklumat sehingga memori yg kita miliki boleh hilang.

Otak seperti juga bahagian tubuh yang lain. Ia memerlukan latihan fizikal dan mental bersama-sama dengan nutrisi khusus untuk meningkatkan kekuatan daya ingatannya. Disini disenaraikan 10 perkara yang boelh anda lakukan untuk menjaga daya ingatan anda agar tetap dalam keadaan baik.


Kacang Soya
Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau sebagai perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori

Zat Besi
Penurunan pengambilan zat besi boleh memberi kesan destrimental pada tingkat IQ anda dan fungsi kognitif kerana zat besi memainkan peranan penting dalam mengubah isyarat dalam otak

Kopi
Kopi boleh meningkatkan penampilan mental dan memori kerana kopi mampu merangsang banyak daerah dalam otak dan boleh mengaturnya tetap berjaga, ransangan, mood dan kosentrasi. Kajian di Universiti Arizona mendapat, bahawa orang dewasa yang meminum kopi sebelum ujian memori menunjukkan perkembangan yg signifikan dibandingkan mereka yg minum kopi tanpa kafein

Latihan Mental
Kajian menunjukkan bahawa rangsangan mental boleh menjaga otak sihat dan meningkatkan kekuatan daya ingatan. Orang yg memiliki daya ingatan yg bagus dan cemerlang cenderung mempunyai pelbagai keinginan dan boleh mengatasi tantangan latihan mental. Latihan mental boleh menggunakan teknik seperti puzzle, teka-teki dan minat pada bidang sosial dan budaya.

Latihan Fizikal
Setengah jam melakukan latihan fizikal sebanyak tiga kali dalam seminggu amat memberi kesan terhadap peningkatan kekuatan otak. Olahraga atau senaman pula boleh memperbaiki kemampuan jantung utk mengepam darah lebih efektif.

Mengunyah Gula-Gula Getah

Kajian yg dibuat oleh sekumpulan pakar di Jepun mendapati bahawa aktiviti dalam hippocampus mengalami peningkatan ketika seseorang sedang mengunyah gula-gula getah. Dr. Andrew Scholey dari Universiti Nothumbria pula mengatakan bahawa mengunyah gula-gula getah boleh meningkatkan denyut jantung sehingga mmeperbaiki oksigen yg dikirim ke otak dan meningkatkan kekuatan kognitif.

Ginkgo Biloba

Ginkgo Biloba digunakan sebagai ubat menguatkan daya ingat sejak beribu-ribu tahun yg lalu. Menurut George Lewith ginkgo boleh memperbaiki sirkulasi darah ke otak dgn membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.

Minyak Ikan
Minyak ikan banyak mengandungi asid lemak omega 3 yg merupakan komponen penting dari membran sel otak dan boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.

Rosemary Dan Sage
Minyak dari tumbuhan ini boleh merangsang memori, memperkuatkan kejernihan dan kesedaran dan membantu menyembuhkan keletihan mental.

Vitamin B
Vitamin B berfungsi mengirimkan oksogen ke otak dan memberikan perlindungan terhadap kerosakan bebas. Vitamin B mempertajam dan meningkatkan daya ingatan.

Niacin atau B3 sgt baik utk memperkuatkan otak, sementara B6 penting untuk memproduksi neurotransmitter terutama untuk meningkatkan mood. B12 baik untuk kesihatan otak secara keseluruhan. Vitamin B juga diperlukan untuk membantu tubuh membentuk acetylcholine, sesuatu bahan kimia otak yg diperlukan untuk daya ingatan.

muhasabah

Bangkitlah dari lenamu,
Bukalah tirai hatimu,
Semarakkan azammu,

Teruskan perjuanganmu.
Jangan sesekali engkau malas,
Jangan sesekali rasa lelah,
Jangan sesekali melangkah
lemah.

Belajar suatu kewajipan,
Belajar umpama membina jalan,
Jalan ke hari esok yang penuh kebaikan!.

Ku berdiri-jai_zaL


Nukilan pertamaku - ku berdiri

ku melangkah penuh berani,
mengejar mimpi yg pasti,
ku tempuhi segala cabaran,
segala onak duri ku atasi,
hasrat dihati penuh keazaman,
usaha dan iktihar manjadi
toleransi,
doa dan tawakal menjadi iringan,
misi dikejar kian terlaksana,
bintang digantung kini digapai,
rendahnya mutiara didasar samudera,
kejayaan terukir bukan
untuk bermegah,
kerendahan hati tersemat dalam jiwa,
ku berdoa kepada yang esa,
kejayaan yang tiba,
diiringi amalan yang mulia.

Motivasi Diri: 5 tips bagaimana meningkatkan keyakinan diri



Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.

Apabila Anda rasa kurang yakin, Anda akan tiba-tiba berasa takut, bingung, keliru. Anda bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi Anda akan luntur dan Anda hilang pedoman untuk meneruskan hidup.

Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri?

Ini caranya:

1. Gali kekuatan-kekuatan diri Anda, kemahiran-kemahiran Anda yang Anda rasa anda boleh buat dengan cukup baik. 
 
Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan Anda, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri Anda.


2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah Anda capai, sebab ia membantu Anda untuk berasa yakin.
 
Anda pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disuatu ketika dulu, jadi berkemungkinan Anda boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat Anda berasa yakin.


3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain.
 
Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, Anda akan bersemangat untuk memperbaiki bakat Anda sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, Anda perlu berkawan dengan musuh sendiri.


4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. 
 
Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda Anda tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat Anda berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Anda tahu apa yang perlu dilakukan.


5. Selalu bertenang.
 
Terdesak macam manapun, kelam kabut macam manapun, stress macam manapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila Anda bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tidaklah berterabur.

Wednesday, July 20, 2011

kenapa orang minat memancing???






okai..here we go..baru ne update blog..quite long juga...okai,this topik akan membincangkn mengapa orang minat sangat memancing sampai ada sesetgh yg terlalu obses dgn memancing ne..ntah apa ja yg hebat sgt memancing tu..tp tak kisahla..setiap org ada minat masing2..hehe...memancing ne sbnrnya ada pro dan kontranya yg tersendiri. baikla, antara sebab org suka memancing ialah:

1. Sebagai satu hobi,
    -kebanyakan pemancing2 ne menjadikn aktvt memancing ne sbg satu hobi untuk mengisi masa lapang, yelah org lelaki kan. mana senang duk rumh. mesti ada saja yg dibuatnya. daripada x buat apa2, baik pegi memancing ada juga hasilnya. hasilnya..dpt ikanla..itu pun klu ada rezeki dptla tue...lau tak dpt pa ble buat...better luck next time..ngee..

2. melepaskan tekanan,
    -akibat tekanan ditempat kerja dgn kerja yg berlambak dan leteran isteri di rumh hehe, pastinya peluang yg berharga buat pemancing untuk melepaskan tekanan mereka dgn aktiviti memancing ne. pemancing akan melupakan segala tekanan mereka buat seketika dan dilepaskan dgn suasana aman dgn sabar menunggu tibanya ikan menyambar umpan..hehe

3. satu kepuasan,
    -salah satu faktor utama juga pemancing begitu obses dgn memancing adalah sbg satu kepuasan buat mereka. sebabnya dapat pula ikan yg banyak dan besar. segala penat lelah menunggu ikan mnyambar umpan pastinya hilang bila dapat ikan yg besar2..huhu...yelah,sapa yg tak bangga klu dpt ikan yg besar2...

4. dpt bersosial,
     -ini merupakn salah satu juga faktor org minat memancing. kbnyakan pemancing2 suka bersosial dgn aktvt ne.yelah aktvti ne blh dkatakan sihat juga. daripada mereka membuat aktiviti yg tak berfaedah,adalah lbh baiknya pergi memancing.pemancing2 dpt menjalinkn hubungan silaturrahim antara satu sama lain.mungkn juga diorang blh bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman memancing ataupun berkongsi pengalaman yg lain.









Saturday, January 29, 2011

Pengalaman Semasa di BTN Kundasang

Logo/Lambang rasmi KBN
Pemandangan Indah BTN Kundasang
Ni lah dia geng-geng Polo Crew....hehe...
 Geng-geng Belia Felda Umas
Menuju Masuk  Ke BTN
Ni lah aq semasa disana...hehe

   Pengalaman semasa Berada di BTN Kundasang memanglah satu peluang keemasan yang tidak dapat dilupakan bagi aku kerana ia mengajar aku untuk menjadi seorang yang mesra dengan orang yang baru aku kenali. Keadaan disana memangla sangat sejuk sehinggakan tidur pun kaki kita menggigil...hehehe...tapi bukan itu yang menjadi keutamaan sebenarnya.
    Sebenarnya yang menjadi keutamaan adalah kursus yang kami telah dapat semasa berada disana. Jurulatih yang terlatih telah melatih anak-anak FELDA ni untuk menyemai semangat nasionalisme dan patriotisme dalam diri mereka. Memang semangat berpasukan disini adalah menjadi keutamaan kerana tanpa semangat kekitaan ini generasi yang akan datang tidak dapat membina negara asas yang demokrasi dan selaras dengan prinsip rukun negara. Memang tidak dapat disangkal lagi sebuah negara yang aman dan makmur bakal diterajui oleh belia yang ada pada masa sekarang. Tetapi apakan daya generasi kini khususnya golongan belia yang ada sekarang agak sukar dibentuk disebabkan oleh gejala sosial yang telah melanda. Justeru itu, mereka perlu dipupuk dan disemai dengan nilai-nilai murni kerana mereka merupakan aset negara yang sangat penting dan selaras dengan moto kem bina negara (KBN)"Bersama Mencipta Kegemilangan" dalam membina negara asas.